ETIKA FREEMASON (PART II)

Monday 28 March 2011 | | |


Freemason mengamalkan tiga etika-etika yang diikuti demi mengaburi pergerakan mereka

Persaudaraan

Setiap pengikut-pengikut Freemason diwajibkan untuk bertoleransi, dan berfikiran positif sesama sendiri agar pendirian mereka mudah diterima.

Menderma dan beramal kebajikan

Pengikut Freemason melakukan pelbagai perkara kebajikan demi untuk menarik lebih ramai pengikut mereka.

Kebenaran

Mereka berpegang teguh terhadap kepercayaan mereka. Mereka percaya bahawa prinsip yang mereka bawa membawa lebih kepada kemajuan dan mendapat kehidupan yang lebih baik. [9]

STRUKTUR MASONIC

Struktur organisasi

Loji Besar (Grand Lodge) adalah badan bebas dan berdaulat yang mentadbir Freemason di sesebuah negara, negeri atau kawasan. Tiada satu badan teratas yang mengawal Freemason di peringkat global. Perhubungan antara loji-loji yang berlainan bergantung kepada kehendak atau pengiktirafan bersama.

Loji merupakan unit asas Freemason. Setiap loji baru mesti mempunyai waran atau piagam yang diberi oleh Loji Besar yang membenarkannya untuk membuat perjumpaan dan beroperasi. Loji mesti mengadakan perjumpaan pada tempat yang tetap dan tarikh yang telah ditentukan. Ia akan memilih, menerima ahli baru dan mempromosikan ahli dan pegawainya. Ia juga akan membina dan mengurus aset dan hartanahnya termasuk rekod perjumpaan. Seperti organisasi lain, ia mempunyai perjumpaan rasmi, perjumpaan tahunan, dana amal, surat menyurat dan laporan, yuran keahlian, akaun, acara

Prinsip dan aktiviti utama

Freemason seringkali dipanggil sebagai "persatuan rahsia". Bagaimanapun bagi ahli Freemason, persatuan mereka lebih tepat sebagai persatuan yang hanya boleh difahami oleh orang tertentu kerana sesetengah aspeknya adalah sulit. Pada kurun ke-21, persatuan ini menjadi tidak lagi rahsia (lebih terbuka) dan lebih kepada "persatuan yang mempunyai rahsia". Aspek sulit dalam persatuan moden ini adalah pengiktirafan sesama ahli dan sesetengah elemen ritual. Walaupun ia sebuah organisasi yang pelbagai, kerja amal masyarakat dan memelihara persaudaraan sesama ahli masih menjadi perkara pokok.

Gerakan Freemason

Freemason di Amerika Syarikat

George Washington, yang menjadi Presiden pertama Amerika Syarikat pada 30 April 1789 adalah seorang anggota Freemason. Selain itu, para penandatangan Perisytiharan Kemerdekaan Amerika Syarikat yang ditandatangani pada 4 Julai 1778 oleh William Hoper, Benjamin Franklin, Matthew Thornton, William Whipple, John Hancock, Phillip Livinston dan Thomas Nelson, juga dipercayai pengikut Freemason.[10]

Selain Washington, 13 lagi presiden, lapan naib presiden dan 35 Hakim Mahkamah Agung Amerika Syarikat pernah dikenalpasti sebagai ahli Freemason. Washington adalah ahli Freemason yang berpusat di New York City. Ahli Freemason yang dikenal pasti di Amerika Syarikat dianggarkan berjumlah tiga juta dan di New York sahaja terdapat lebih kurang 136,000 ahli.[11]

Freemason di Iraq

Sebilangan cawangan Freemason di Iraq telah wujud seawal tahun 1903, dan bertambah bilangannya apabila negara itu diperintah di bawah Mandat British sejurus selepas Perang Dunia I. Bagaimanapun, keadaan itu berubah pada bulan Julai 1958 selepas Revolusi, dengan pembubaran pemerintahan beraja dan pengisytiharan Iraq sebagai sebuah republik di bawah Jeneral Qasim. Lesen yang membenarkan cawangan Freemason ditarik balik dan undang-undang diperkenalkan untuk mengharamkan sebarang perjumpaan Freemason. Pendirian itu kemudian diperkukuh oleh Saddam Hussein, yang menetapkan hukuman mati bagi mereka yang "mempromosikan atau menyanjung prinsip-prinsip Zionisme, termasuk Freemason, dan mereka yang melibatkan diri dalam pertubuhan Zionisme". Dengan kejatuhan pemerintahan Saddam Hussein selepas serangan Amerika Syarikat ke atas Iraq, pengharaman ke atas Freemason dimansuhkan dan pada tahun 2007, Land Air and Sea Lodge, No. 1 dianugerahi dengan piagam oleh Loji Besar New York (Grand Lodge of New York).


PENGGUNAAN LAMBANG ILLUMINATI

Freemason di Malaysia

Freemason pernah menjadi isu di Malaysia apabila Haji Sulaiman Palestin bertanding jawatan dalam UMNO. Ada dakwaan pemimpin tertentu ditaja atau menjadi ahli Freemason untuk melonjak naik dalam hierarki negara. Awal 1980-an isu ini kembali senyap dalam persidangan UMNO[perlu rujukan].

Di Malaysia, cawangan Freemason beroperasi sebagai Loji Besar Daerah Timur Tengah (District Grand Lodges of Middle East atau DGLME).[12] DGLME secara rasmi bermula di Kuala Lumpur pada 20 Oktober 1916. Ia dipanggil Timur Tengah kerana pada awal kurun ke-19, setiap yang berada antara timur India tidak termasuk timur jauh (Hong Kong, China dan Jepun) dikenali sebagai Timur Tengah. Hanya pada kurun ke-20, istilah Timur Tengah merujuk kepada negara Arab dan Teluk. Cawangan ini bagaimanapun tidak mahu mengubah namanya kerana sudah biasa dengan nama tersebut dan tradisinya.

DGLME ini meliputi bandar yang luas termasuk bandar lain di rantau ini:

* Singapura: 3 loji
* Kuala Lumpur: 3 loji
* Pulau Pinang: 1 loji
* lpoh: 1 loji
* Kuantan: 1 loji
* Kuching: 2 loji
* Port Dickson: 1 loji
* Port Klang: 1 loji
* Kelantan: 1 loji
* Taiping : 1 loji
* Kota Kinabalu: 1 loji
* Bangkok: 3 loji
* Pattaya: 1 loji

MENYERUPAI LAMBANG ILLUMINATI

0 comments:

Post a Comment