MANUEL NORIEGA(PART I)

Monday 25 April 2011 | | 0 comments |

Manuel Antonio Noriega Moreno (lahir 11 Februari 1934) adalah ahli politik Panama dan juga tentera Panama . Dia dituduh diktator tentera Panama 1983-1989.

1989 Amerika menceroboh negara Panama bagi menyingkir beliau daripada kuasa dan dia ditangkap, ditahan sebagai tawanan perang , dan diterbangkan ke Amerika Syarikat. Amerika Syarikat menuduh Noriega terlibat dalam perdagangan dadah , pemerasan , dan pencucian wang pada April 1992. Hukuman penjara di AS berakhir pada September 2007 dan kini menunggu keputusan ekstradisi oleh Panama dan Perancis berhubung pembunuhan 1995 dan pencucian wang pada 1999. Perancis meminta ekstradisi pada April 2010. Diaa tiba di Paris pada27 April 2010. Akhirnya dia didapati bersalah dan dihukum tujuh tahun penjara pada bulan Julai 2010.


KERJAYA

Lahir di Panama City , Noriega merupakan seorang askar. Menerima pendidikan di Sekolah Tentera Chorrillos di Lima, Peru . Dia menerima latihan menjadi perisik dan latihan kontra perisikan di Sekolah Amerika di Fort Gulick pada tahun 1967, serta kursus dalam operasi psikologi (psyops) di Fort Bragg, North Carolina . Dia bertugas di Kawalan Kebangsaan Panama pada tahun 1967 dan dilantik menjadi Leftenan pada tahun 1968. Rampasan kuasa tentera memnyebabkan Arnulfo Arias disingkirkan tahun 1968. Mentornya Omar Torrijos terlibat. Rampasan kuasa yang gagal pada tahun 1969, Noriega disokong oleh Torrijos. Dia dilantik menjadi leftenan kolonel dan seterusnya menjadi Ketua perisikan tentera Panama oleh Torrijos. Pengampunan pejuang gerila 400 membolehkan mereka untuk kembali dari pengasingan di Honduras dan Costa Rica .

Omar Torrijos menjadi Komander Pengawal Kebangsaan Panama , dilantik oleh Kolonel Florencio Flores Aguilar . Setahun kemudian, Flores digantikan oleh Rubén Darío Paredes , dan Noriega menjadi ketua staf. Nama jabatan ditukar menjadi Tentera Pertahanan Panama . Paredes mengundurkan diri sebagai Komander kerana mencalonkan diri sebagai presiden Panama. Dia menyerahkan jawatannya sebagai Panglima Angkatan untuk Noriega.

PENGLIBATAN DENGAN CIA

1967, Noiega bekerja dengan US Central Intelligence Agency (CIA) dari akhir 1950-an hingga 1980-an. 1988 dituduh terlibat dengan dadah / ubat persekutuan AS.

Tahun 1988 Senat Subkomisi Keganasan, Dadah dan Operasi Antarabangsa menyimpulkan bahawa Noriega merupakan kegagalan paling serius dasar luar negeri Amerika Syarikat. Sepanjang tahun 1970-an dan 1980-an, Noriega mampu memanipulasi dasar AS ke negaranya. Dia mengumpul kekuatan hampir mutlak di Panama. CIA menutup mata melihat Noriega terlibat dengan rasuah dan transaksi ubat bius.Malahan terlibat dengan Kartel Medellín (Raja dadah Colombia Pablo Escobar ).

HARI INI & AKAN DATANG(AKU)

Thursday 7 April 2011 | | 0 comments |

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته





º Hmm..Hari² yang mendatang semakin mencabar dan memberi tekanan kat aku.Aku dah hampir hilang idea camne nak selesaikan masalah nie,selamat masih ade family n kawan² yang banyak bagi peluang dan idea.Kalau takde mereka² semue dunia boleh hampir terbalik woo.Aku nie cume ade masalah dengan kerjaye je yang membawa kepada masalah² laen ..ishhh
º Dunie hari nie macam tak adil pulak rasenye.Cth bile nak mintak kerja,orang yang ber'kabel' atau ade kenalan dalam yang berpeluang cerah dapat kerja yang diinginkan yang takde nie 50/50 jela(nasib jela tu).Kalau nak diikutkan dah berape banyak kerja aku mintak tapi yang dapat tenggelam timbul.Lepas je abis belajar ingat nak rehat kejap(time tu tahun lepas) tapi ini dah kemaen lame pacik oii..hmm
º Masuk hari nie dah dekat 6 bulan aku takde keje tetap tapi selamat ade part time job yang boleh bagi aku bernafas.Ingat lagi minggu lepas mase amik sijil konvo kat Hotel Holiday Inn,aku tengok membe² semue dah ade hasil walaupun tak seberape tapi sekurang²: nye ade la jugak perubahan.Nak kate aku memilih kerje?takde pon cume mencari kesesuaian yang boleh bagi aku happy dengan kerje yang aku dapat.
º Mase dah tak boleh nak 'rewind' balek so mulai sekarang aku kene 'tutup' kesilapan yang dah aku buat dengan membawa sedikit perubahan buat permulaan.Takde yang mustahil dalam dunie nie cume kesungguhan yang perlu ade.Dunie sekarang nie ade prinsip sendiri 'lambat kene tinggal'.So aku tak terlewat lagi kot.
º Harap hari yang mendatang semakin indah buat aku. Hehe

الحمد لله

14 PETUA KEJAYAAN

Sunday 3 April 2011 | | 0 comments |



º Elak dari berbual perkara² yang NEGATIF terutamanya mengutuk orang lain di belakang.Jika kita suka bergosip ,orang di sekeliling kita tidak akan bercerita perkara penting pada kita.So 'mind ur own business'

º Bekerjalah dengan orang yang mampu mencabar kredibiliti kita.Secara tidak langsung kita boleh mempelajari banyak perkara melalui individu tersebut yang mempunyai banyak ilmu dan pengalaman

º Berpakaianlah mengikut kerjaya masing²,bukan menyarung apa yang ada dalam wardrobe

º Semua orang ada kelemahan dan keburukan sampai boleh 'memusnahkan' diri kita sendiri.Cuba untuk perbaikinya dan tidak menampakkan kelemahan tersebut

º Tepati waktu so try untuk sampai ke destinasi(especially kalau de buat temujanji)at least 5 minit awal dari masa dijanjikan

º Jangan tegur kesalahan seseorang di hadapan orang lain dan ajaklah dia ke tempat lain yang memudahkan anda berdua berdiskusi serampang empat mata

º Dalam sehari peruntukkan masa at least sejam untuk bersendirian.Fikir apa misi hidup kita? Apa yang kita perlu lakukan untuk mencapai yang terbaik?

º Ketika bekerja dalam satu kumpulan jangan lupa untuk menonjol.Buktikan kepada orang lain yang kita juga berkaliber,mampu melaksanakan tanggungjawab dengan sempurna,gigih dan berdisiplin




º Jangan lupa untuk workout kerana ia not only better 4 our health tapi juga untuk bentuk fizikal lebih sempurna dan menarik

º Jangan mengambil berat perkara yang remeh-temeh.Cth:Ada yang tak suka kita,biarkan but always strike to give your best

º Jika plan A untuk kita memburu impian tidak kesampaian ,laksanakan plan B dan juga seterusnya.Jangan menetapkan hanya satu perancangan sebaliknya kita boleh buat lebih dari lima.Bak kata pepatah'Sediakan payung sebelum hujan'

º Seseorang bos harus memiliki kemahiran berkomunikasi yang baik.Mereka mempelajari kemahiran ini dari orang sekeliling termasuk pekerja bawahan sendiri.So tidak ada alasan mengapa tidak bercampur gaul dengan orang lain walaupun pangkat mereka lebih rendah

º Mendampingi bos bukan untuk mengampu atau membodek.Tetapi atas dasar mahu memepelajari kredibiliti dan kemahiran beliau yang boleh dijadikan contoh

º Selalu ingat: Rahsia kejayaan ialah semangat.Fikir sesuatu yang paling bermakna.Sebarkan kasih sayang dan kegembiraan.Berilah penghargaan pada diri sendiri andai kita mampu mencapai kejayaan☺

FREEMASON PART III

Saturday 2 April 2011 | | 0 comments |

Tentangan dan kritikan terhadap Freemason

Islam dan Freemason

Sesetengah ulama Islam menegaskan adalah tujuan utama Freemason ialah mengambil kembali tanah Palestin dan membina kembali Haikal Sulaiman [13] [14] [15] [16]di bawah runtuhan Masjid Al-Aqsa[17], kemudian akan melebarkan pemerintahannya ke Syria, Iraq, Jordan, Mesir[18] dan terus menuju ke Al Madinah di Arab Saudi. Pergerakan ini didakwa dibentuk bagi mengembangkan fahaman Yahudi dengan cara bergiat cergas di dalam bidang pendidikan, politik, budaya dan sosial.

Gerakan ini berkembang di seluruh dunia termasuk di negara-negara Islam seperti Turki era Mustafa Kamal Ataturk. Freemason juga berkembang luas di Mesir, Maghribi, Lubnan, Malaysia dan lain-lain. Gerakan ini dikaburkan melalui kegiatan amal seperti membantu keluarga yang miskin dan menganjurkan pertunjukan amal untuk disedekahkan kepada mereka yang memerlukan.

Gerakan ini jelas nyata memperjuangkan kewujudan negara Israel dan Yahudi di bumi Palestin antara tahun 1940an dan 1970-an.[19] Lantaran orang Islam bersikap anti-Freemason, anti-Semitisme dan anti-Zionisme. Ada yang mengaitkan Freemason dengan Dajjal yang akan hadir pada akhir zaman. Ini berdasarkan simbol Free Masonic yang dikenali "Satu Mata Melihat Semua" (All Seeing One Eye) dikatakan menyerupai Dajjal bermata satu. [20][21]



Kristian dan Freemason

Beberapa mazhab Kristian mempunyai sikap negatif terhadap Freemason termasuk mengharamkan atau tidak menggalakkan penganutnya daripada menjadi ahli Freemason.

Kristian Katolik mempunyai sejarah panjang dalam penolakannya. Penolakan Gereja Katolik berdasarkan dakwaan bahawa Freemason mengajar bahawa semua agama adalah sama yang bertentangan dengan doktrin Gereja Katolik. Terdapat banyak arahan paus yang melarang terlibat dengan Freemason. Pertama adalah daripada Paus Clemant XII pada 28 April 1738 dan yang terbaru daripada Paus Leo XIII pada 15 Oktober 1890. Kanun Hukum Gereja tahun 1917 juga mengharamkan buka yang mesra dengan Freemason.

Pada tahun 1983, Gereja mengeluarkan Kanun Hukum Gereja yang baru tetapi berlainan daripada sebelumnya, ia tidak secara jelas menyebut persatuan rahsia mana yang dikutuk. Ini menyebabkan ramai daripada kalangan penganut Katolik mahu pun daripada Freemason yang percaya larangan ke atas Freemason sudah ditarik balik. Bagaimana pun perkara ini dijelaskan oleh Kardinal Joseph Ratzinger (yang kini Paus Benedict XVI) bahawa pihak Gereja Katolik masih menganggap doktrin Katolik dan Freemason tidak selari dan keanggotaan penganut Katolik dalam Freemason masih dilarang.

Bagi Gereja Protestan pula, penentangan lebih kepada dakwaan Freemason mengamalkan mistik, percaya kepada benda ghaib dan pengikut syaitan (satanisme). Seorang ahli Freemason yang kontroversi, Albert Pike, sentiasa dijadikan contoh rujukan oleh Gereja Protestan. Pike adalah tokoh kontroversi yang terkenal sebagai penganut ajaran syaitan dan juga ahli Freemason. Menurut Pike, tiga perang dunia harus terjadi dengan perang dunia ketiga sebagai yang terakhir untuk memberi jalan kepada mekarnya agama dunia yang baru yang menjadikan Lucifer sebagai tuhan.[22]